Kursus Pemantapan Kejurulatihan




Kursus Pemantapan Kejurulatihan Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) yang
bertemakan `Connect’ telah berlangsung dari 26 Februari hingga 29 Februari 2016
di Hotel Kobemas, Melaka. Seramai 64 orang jurulatih dan bakal jurulatih PPPM
dari seluruh negara telah menyertai seminar ini bersama dengan sembilan orang
ahli jawatankuasa pengelola. Kursus berjalan lancar dengan input dan perkongsian
yang padat untuk mengemaskini serta memantapkan ilmu dan kemahiran para peserta.
Namun begitu, para peserta berpeluang menyertai sambutan Hari Peringatan Sedunia
peringkat kebangsaan yang berlangsuang pada 27 Februari 2016 di Dewan Seri Negeri,
Ayer Keroh Melaka serta melawat bandaraya bersejarah Kota Melaka.
Setiap peserta dibekalkan fail yang mengandungi sebanyak 31 jenis dokumen untuk
rujukan dan aktiviti kursus. Aktiviti setiap hari dimulakan dengan istiadat pagi. Ini
diikuti dengan sesi refleksi yang dikendalikan masing-masing oleh wakil Cawangan
Johor, Pulau Pinang dan Kelantan.
Antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang seminar tersebut adalah seperti berikut:

26 Februari 2016 (Jumaat):
i)          Sesi Dialog Bersama Pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia
Penceramah jemputan Tuan Haji Rashid Bin Mian, Ketua Penolong Pengarah Bahagian 
Kokurikulum dan Kesenian menyampaikan tajuk `Kaedah Pengiktirafan Aktiviti Kokurikulum 
untuk Pentaksiran Markah Kokurikulum’. Banyak maklumat tentang `Pentaksiran Aktiviti 
Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)’dari segi format dan cara pengiraan, mengikut 
peringkat penyertaan/pencapaian mudah difahami, melalui keterangan beliau yang menarik 
dan jelas.

ii)         Saya LULUS!
Pn Foong Poh Lin dan Pn Hjh Habibah Abdul Rahman menerangkan tentang syarat-syarat, 
prosedur ujian dan pemarkahan buku log Bengkel Anugerah Tunas Harapan Ketua Pesuruhjaya Cawangan (BATHKPC) dan Bengkel Anugerah Tunas Harapan Ketua Pesuruhjaya (BATHKP). Antaranya adalah Ini diikuti dengan sesi tentang syarat-syarat, prosedur ujian dan pemarkahan 
buku log Anugerah Pandu Puteri Remaja, Pembentangan Projek Khidmat Masyarakat dan 
Anugerah Pandu Puteri Raja oleh Dato’ Jeyadhevi Subramaniam dan Pn Hjh Habibah Abdul Rahman. Pelaksanaan input dan perbincangan yang lancar menyediakan para peserta untuk 
sesi bengkel aktiviti berkumpulan.

 27 Februari 2016 (Sabtu):
i)          Dengarlah Saya
Hasil perbincangan kumpulan tentang cara terbaik untuk pengendalian dan kehadiran calon 
untuk Bengkel Anugerah Tunas Harapan Ketua Pesuruhjaya (BATHKP) adalah seperti berikut:

Bil
Kumpulan
Dapatan
1
Instagram
BATHKPC:  Pastikan calon betul-betul layak
                 Contoh Tugasan – Calon cabut satu soalan tentang 
                 buku log danbentangkan untuk mengesahkan ia usaha 
                 calon tersebut
Cabaran Pandu Puteri Tunas
3 hari 2 malam mencukupi utk menjimatkan kos
BATHKP:  Hantar buku log ke ibu pejabat
Lantik pemeriksa dari setiap cawangan tapi elak periksa calon sendiri
2
Facebook
Kebaikan:    Penyemakan akan lebih teliti di peringkat cawangan
                       Menghasilkan calon yang lebih berkualiti dari segi JERIS
                       Meningkatkan keyakinan dan keterampilan diri calon
Keburukan:  Kos tinggi, tempoh masa lama, calon kurang yakin/rasa 
                       tertekan semasa temuduga
Cadangan:    Panel pemeriksa perlu menyediakan program alternatif/
                       tugasan untuk memperbaiki kelemahan
                       Aktiviti untuk calon yang hadir perlu `FUN Based’ 
                       supaya calon lebih seronok dan rasa lebih yakin
                       Wakil pemeriksa dari setiap cawangan yang ada dan 
                       juga tiada calon agar penyemakan lebih telus. 
                       Panel pemeriksa harus arif dengan kriteria penilaian.
3
Whatsapp





























Calon perlu hadir semasa BATHKP
Setiap cawangan hantar dua orang penilai dalam kalangan jurulatih
Untuk mengurangkan kos, penguji peringkat cawangan menyemak
buku log calon dengan menggunakan kriteria penilaian yang sama
Cadangan borang penilaian buku log peribadi BATHKP:

Nama Calon:                                                                            No. Calon:

Bil
Butiran
Markah Penuh
Markah yang diperolehi
1
* Kandungan
* Biodata
* Laporan

1
2
2

2
Ulasan tahap penglibatan sebagai ahli Pandu Puteri di peringkat:
* Sekolah:
  - membantu  (1)
  - menyertai  (2)
  - menang     (3)
* Daerah, Zon atau Cawangan:
  - membantu  (2)
  - menyertai  (4)
  - menang      (8)

* Cuti Pasukan (Anjuran Pandu Puteri)
-  menyertai  (2)
-  menang     (5)

* Kebangsaan:
  - membantu  (4)
  - menyertai   (6)
  - menang      (8)
*  Acara tambahan (Bonus)




3



8



5




10


5

3
Kekemasan
4

4
Bukti
-  Gambar
-  Bahan Maujud
-  Sijil


5

5
Personaliti
5


Jumlah
50

        *  Acara Antarabangsa  (Bonus)                                     10
4
Google+
Kebaikan:    Penyemakan teliti
Keburukan:  Kos tinggi, calon kurang yakin semasa temuduga
Cadangan:   Calon tidak perlu hadir semasa penyemakan buku log
untuk menjimatkan kos dan masa di samping keperluan untuk 
menyediakan aktiviti
Penyemakan teliti amat perlu di peringkat sekolah & BATHKPC untuk menapis mereka yang betul-betul layak
Gunakan teknologi (emel/Whatsapp) untuk sebarang teguran kesilapan/kekurangan
Panel pemeriksa terdiri daripada wakil setiap cawangan tapi elak 
periksa calon sendiri                  
Lantik dan bimbing pemimpin yang kurang pengalaman untuk 
menimba ilmu dan pengalaman agar dapat membimbing ahli-ahli 
di cawangan dengan lebih baik
Sediakan garis panduan/rubrik pemarkahan dan buat penyataraan 
seperti peperiksaan awam
Panel pemeriksa menandatangani surat Aku Janji (untuk integriti)
5
Twitter
Penilaian mesti ada rubrik yang telus, diketahui oleh semua calon, 
pemimpin dan penguji
Penilaian mesti ada aspek/bahagian yang seragam dengan standard
Penilaian mesti ada ruang kreativiti
Adakan penyelarasan pemeriksaan & Akta Rahsia
Panel pemeriksa terdiri daripada wakil dari  semua cawangan serta berpengalaman
Punca masalah buku log tidak lengkap:  terlalu banyak aspek 
yang perlu dibuat, pemimpin kurang mahir/bombing, kos tinggi
 contoh `print’ gambar
6
Blog
Tingkatkan markah untuk aktiviti di peringkat sekolah, daerah, 
zon atau cawangan
Lantik penilai dalam kalangan pemimpin Pandu Puteri Tunas
Tetapkan markah lulus di peringkat cawangan dan juga kebangsaan
Tetapkan tahap penglibatan ahli Pandu Puteri iaitu sama ada dari 
segi kualiti atau kuantiti
7
Linkedin
Setuju calon hadir untuk BATHKP agar calon & pemimpin dapat 
makluman untuk penambahbaikan buku log
IQ, EQ, sahsiah dan potensi calon dapat diperhatikan secara langsung
Sekiranya calon tidak hadir, panel pemeriksa harus menyediakan 
rumusan bertulis tentang kelemahan/kekurangan /kekuatan buku 
log calon.
Cadangan:
Perincian dan maksud kreativiti mesti jelas. Pertimbangan perlu ada 
untuk calon-calon dari luar Bandar yang mempunyai umber terhad
Anugerah 6 markah (Buku Log Peribadi) untuk penyertaan sekurang-kurangnya sekali di peringkat cawangan, kebangsaan atau antarabangsa.
8
Skype


















Tidak setuju calon BATHKP dibawa menghadapi penguji.
Penting untuk mengadakan skema penyetaraan untuk pemeriksaan 
buku log

Cadangan Borang Penilaian Buku Log Peribadi
Bil
Butiran
Markah Penuh
Markah Yang Diperolehi
1
Kandungan
Biodata
2
2

2
Ulasan Tahap Penglibatan Sebagai Ahli Pandu Puteri Di Peringkat:

- sekolah (sekurang-kurangnya satu kali)
- daerah/zon (sekurang-kurangnya satu kali)
- cawangan (sekurang-kurangnya satu kali)
- kebangsaan/antarabangsa (sekurang-kurangnya satu
   kali)
- Cuti Pasukan
Acara tambahan (Bonus)




4
3
3
3

5
2

3
Kekemasan
2

4
Bukti
-          Gambar/Lakaran/Ilustrasi
-          Bahan Maujud
-          Salinan Sijil


4



30


*  Markah



28 Februari 2016 (Ahad):
i)          Ada Passport?
Sesi perkongsian pengalaman oleh tiga wakil ahli Pandu Puteri ke acara luar negara. 
Wakil-wakil tersebut adalah:
a)             Saudari Nurrul Aqilah Ismail, seorang Pandu Puteri Kadet dari Cawangan Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia yang menyertai WAGGGS Leadership Development Programme di Muscat, Oman dari 2 – 7 Jun 2014
b)              Saudari Monita Dutt, seorang pemimpin muda dari Cawangan Negeri Sembilan yang menyertai Gifts for Change di Sangam dari 29 Dis 2015 – 4 Jan 2016 bersama Nurrul Aqilah Ismail
c)              Puan Patimahtun Zaharah Abdul Jalil seorang pemimpin dari Cawangan Melaka yang telah menyertai acara the Great Bunya Gathering di Queensland, Australia bersama 
            ahli-ahli Pandu Puteri Tunas dari 25 September – 3 Oktober 2015.

ii)         Filler Activity
Fasilitator Cik Fa’izan Abd Rahman menggunakan petikan aktiviti `Super Hero’ dari 
World Thinking Day Activity Pack untuk gerak kerja kumpulan. Aktiviti berjalan lancar
dengan hasil ciptaan kumpulan yang menarik dan kreatif, iringi dengan penerangan kuasa 
ajaib yang ada pada Super Hero masing-masing.

iii)        Camni Camtu (Perkongsian NLDP)
Fasilitator Pn Noor Hayati Bt pilus menerangkan tentang program WAGGGS dan National Leadership Development Program (NLDP) yang dihadiri oleh beliau di Pax Lodge, England 
sambil mengedarkan nota “Understanding Leadership, Personal Development dan 
Leading Teams’. Aktiviti bengkel adalah berpandukan edaran `The story of my leadership, Leadership qualities, Motivation exercise, My first experience as a leader dan 
the Roots of an organization serta the Chocolate Swamp”.

iv)        Filler Activity
Pn Rita Leong mengetuai nyanyian beramai-ramai beberapa lagu seperti  Magic Penny, 
Roga Mahela, Oh Nona Thai, Battle In The Country dan My Aunt Came Back.
Seterusnya, para peserta diberikan tugasan kumpulan mengenalpasti kepingan gambar dan mengkategorikannya dibawah rantau WAGGGS. Aktiviti dikelolakan oleh 
Cik Fa’izan Abd Rahman.

v)         Jom!
Para peserta berbincang dalam kumpulan untuk merancang satu permainan luas di bawah 
bimbingan Pn Rita Leong, Pn Foong Poh Lin dan Pn Tracie Chong dengan bantuan nota
rujukan dalam fail. Hasil perbincangan dibentangkan untuk perkongsian ramai.

vi)        Api Nyala!
Sesi dimulakan dengan nyanyian Gunung Nona dan Potong Bebek Angsa oleh Pn Rita Leong 
dan Cik Joyce Ong. Para peserta cabut soalan tugasan masing-masing untuk perbincangan dan persiapan malam unggun api (indoor campfire) dengan bantuan nota yang diedarkan. 
Para fasilitator sesi adalah Pn Rita Leong, Cik Joyce Ong, Pn Tracie Chong dan 
Pn Hindon Ahmad. Aktiviti berjalan lancar dan meriah dengan penglibatan aktif daripada 
semua pihak.

29 Februari 2016 (Isnin):
i)          Camni Camtu (Perkongsian acara di Baguio)
Pn Hindon Ahmad dan Pn Tracie Chong menyampaikan perkongsian pengalaman dan 
ilmu yang mereka perolehi melalui APR Workshop on Educational Programme and 
Adult Training Learning and Development. Bengkel tersebut anjuran Girl Scouts of the 
Philippines (GSP) telah diadakan dari 7-13 Disember 2015 di Ating Tahanan Training Center, Baguio. Tumpuan diberikan kepada `Theory of Change’ yang memerlukan para peserta 
memikirkan garis panduan/ polisi/ strategi, dll untuk membawa perubahan yang diingini.
 Misalnya, dari segi kejurulatihan,  usaha menghasilkan Pandu Puteri Raja, perancangan 
khidmat komuniti dan sebagainya.

ii)         Refleksi, Penilaian dan Majlis Perasmian Penutup
Sesi dikendalikan oleh Pn Hjh Habibah Abdul Rahman. Secara keseluruhannya, para peserta menyatakan kursus adalah baik dan menarik dengan pemerolehan ilmu yang terkini.
Majlis penyampaian sijil dan perasmian penutup kursus telah disempurnakan oleh 
Y.H. Dato’ Nik Faizah Nik Mustapha. Hadir bersama adalah Ketua Pesuruhjaya PPPM 
Cawangan Melaka Puan Sio Pek Suan.

         Laporan oleh,                                                                 Disahkan oleh,



(JOYCE ONG CHOON KIM)                                (HABIBAH BINTI ABDUL RAHMAN)
            Setiausaha                                                                         Pengerusi
  Majlis Jurulatih Kebangsaan                                            Majlis Jurulatih Kebangsaan
Persatuan Pandu Puteri Malaysia                                    Persatuan Pandu Puteri Malaysia


This entry was posted on Sunday 22 May 2016. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.

Leave a Reply

Powered by Blogger.