PERSIDANGAN MAJLIS JURULATIH

Persidangan Majlis Jurulatih

LAPORAN SEMINAR MAJLIS JURULATIH KEBANGSAAN 2015
PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA










Seminar Majlis Jurulatih Kebangsaan 2015 Persatuan Pandu Puteri Malaysia 
telah dilaksanankan dengan jayanya dari 13 Ogos hingga 16 Ogos 2015 
bertempat di Palm Beach Resort & Spa, Wilayah Persekutuan Labuan. 
Penyertaan seramai 100 orang jurulatih dan bakal jurulatih PPPM dari seluruh 
negara dalam seminar ini, sangat bermakna kerana angka 100 tersebut 
signifikan dengan sambutan perayaan 100 tahun pergerakan Pandu Puteri 
di Malaysia. PPPM Cawangan Wilayah Persekutuan Labuan sebagai tuan
 rumah telah memberi kerjasama dan sokongan padu yang terpuji dalam 
segala urusan yang dijalankan sama ada di dalam ataupun di luar hotel.
Program seminar agak padat dengan input dan perkongsian untuk 
mengemaskini serta memantapkan ilmu dan kemahiran para peserta.
 Namun begitu, aktiviti senggang iaitu lawatan sekitar Labuan, 
telah dirancang dan dikelolakan dengan rapi dan menarik oleh pihak 
tuan rumah. Aktiviti setiap hari dimulakan dengan sesi refleksi pagi yang
 dikendalikan oleh Pn Azizah Bt Abdul Majid, Cik Joyce Ong Choon Kim 
dan Pn Chempaka Emalin Bt Pahamin. Antara aktiviti yang telah dijalankan 
sepanjang seminar tersebut adalah seperti berikut:

13 Ogos 2015 (Khamis):
i)          “Aku Janji”
Pn Hjh Habibah Bt Abdul Rahman, Pengerusi Majlis Jurulatih Kebangsaan 
merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Seminar mengingatkan 
para peserta tentang kepentingan pegangan pada janji dan juga kepentingan
 mengekalkan identiti Pandu Puteri terutamannya dalam pemakaian uniform 
dengan betul.
ii)         Kawad Istiadat
Para peserta dibahagi kepada tiga kumpulan mengikut bahagian masing-masing 
untuk sesi amali dan perbincangan.
Untuk bahagian Pandu Puteri Tunas, para peserta mengendalikan amali istiadat Lingkungan Puteri Tunas dan istiadat pelantikan Pandu Puteri Tunas dibawah 
bimbingan fasilitator Pn Tee Huey Ghee.
Bahagian Pandu Puteri Remaja dibawah kelolaan fasilitator Cik Jeyadhevi a/p Subramaniam memerlukan para peserta membina tiga batang tiang bendera, mengendalikan istiadat menaikkan bendera dan istiadat pelantikan Pandu 
Puteri Remaja.
Pn Hjh Habibah Abdul Rahman dan Pn Noorhayati Bt Pilus memudahcarakan 
kumpulan Pandu Puteri Renjer. Para peserta menjalankan amali istiadat Formasi V
 dan membina gejet tiang bendera untuk istiadat pelantikan. 

14 Ogos 2015 (Jumaat):
i)  Ucap Utama “Pemimpin Dan Cabaran”
Empat penceramah jemputan berikut berganding bahu menyampaikan sesi ucap 
utama ini yang  dipengerusikan oleh Pn Hjh Samsiah Bt Baharom:
  • Puan Khaziyati Bt Osman, Ketua Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan                 Wilayah Persekutuan Labuan dengan tajuk Pengurusan Minda.
  • En Sabdin Japarudin, Ketua Sektor Psikologi dan Kaunselor, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan dengan topik Pembinaan Kumpulan.
  • Puan Mistirine Bt Radin, Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan                 Labuan yang berfokus kepada sejarah, organisasi dan harapan PPPM Cawangan Wilayah Persekutuan Labuan
  • Puan Suriani Bt Rice Oxley, Pegawai School Improvement Specialist Coaches           (SISC) & Bahasa Inggeris, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan yang mengendalikan gerak-geri seni tari Ombak.
ii)         “Aha! Buku Log Lagi”
Sesi ini yang disampaikan oleh Cik Jeyadhevi a/p Subramaniam memantapkan pengetahuan dan kemahiran pemimpin membimbing ahli-ahli Pandu Puteri dalam penyediaan buku-buku log agar ia menepati syarat-syarat pengujian yang ditetapkan  
oleh PPPM. 
iii)        Lawatan
Para peserta berpeluang untuk melihat keindahan Wilayah Persekutuan Labuan. 
Beberapa pemimpin Pandu Puteri PPPM Cawangan WP Labuan memainkan peranan sebagai pemandu pelancong. Antara tempat-tempat yang dilawati adalah `Chimney’, Kampung Air Patau-Patau, World War II Memorial dan Kompleks Sukan Air untuk 
jamuan Hari Raya Aidil Fitri. Mereka juga sempat membeli belah di Ujana Kewangan.
iv)        “Tahukah Anda?”
Para peserta dibahagikan dua kumpulan iaitu satu kumpulan untuk pemimpin Pandu 
Puteri Tunas.  Para pemimpin Pandu Puteri Remaja dan Pandu Puteri Renjer pula bergabung menjadi satu kumpulan.
Fasilitator Pn Tee Huey Ghee memberi taklimat tentang syarat-syarat, pengujian, penyediaan buku log dan panel penilai untuk Bengkel Anugerah Tunas Harapan 
Ketua Pesuruhjaya Cawangan (BATH KPC), Bengkel Anugerah Tunas Harapan 
Ketua Pesuruhjaya (BATH KP)  dan juga Disney Princess Award 2015.
Pn Hjh Habibah Bt Abdul Rahman, Cik Jeyadhevi a/p Subramaniam dan 
Pn Chempaka Emalin Bt Pahamin berkongsi maklumat tentang ujian lencana-lencana kecekapan Pandu Puteri Remaja dan Pandu Puteri Renjer seperti Kelas Dua,
 Tali Perkelilingan, Bintang Puteri I dan Cabaran Anugerah Ketua Pesuruhjaya 
(CAKP) ke arah Pandu Puteri Raja. Semua pemimpin diingatkan agar memahami
 dan akur kepada syarat-syarat kelayakan dan pengujian serta penyediaan buku log 
yang telah ditetapkan oleh PPPM.

15 Ogos 2015 (Sabtu):
i)  Dasar Pertubuhan dan Undang-Undang (DPU)
Empat DPU dibentangkan dan dibincang oleh para peserta mengikut bahagian 
masing-masing. DPU Pandu Puteri Tunas diketuai oleh Pn Foong Poh Lin, DPU 
Pandu Puteri Remaja oleh Cik Jeyadhevi a/p Subramaniam dan Pn Chempaka 
Emalin Bt Pahamin, DPU Pandu Puteri Renjer oleh Pn Hjh Habibah Bt Abdul Rahman 
dan Cik Ainil Shahnaz Bt Mohd. Sham manakala DPU Pandu Puteri Kadet oleh 
Cik Joyce Ong Choon Kim.
Taklimat dan perbincangan berfokus kepada syarat-syarat, tatacara dan pengujian
 Program Pandu Puteri Tunas terkini terdiri daripada Prapersetiaan, Calit Emas,
 Tangga Emas, Tangan Emas, BATH KPC dan BATH KP.
Kumpulan Pandu Puteri Remaja juga meneliti DPU Pandu Puteri Remaja dan memantapkan pengetahuan tentang syarat-syarat, tatacara dan pengujian Program 
Pandu Puteri Remaja. Seseorang ahli yang tidak berjaya mendapat Anugerah 
Pandu Puteri Remaja di Tingkatan Tiga, dibenarkan meneruskan ujian-ujian yang
 lain ke arah Pandu Puteri Raja.
Hasil perbincangan DPU Pandu Puteri Renjer, beberapa cadangan berikut 
dikemukakan.
-          Wujudkan satu pin di bahagian dada untuk jawatan-jawatan berikut:
    • Pengerusi                     -           Tiga bintang
    • Naib Pengerusi            -           Dua bintang
    • Setiausaha/Bendahari  -           Satu bintang
    • Ketua Bahagian          -           Satu bintang
-          Adakan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Majlis Renjer Kebangsaan dan 
pelantikan jawatankuasa setiap tahun
-          Pilih Setiausaha Kehormat dan Bendahari Kehormat dari kalangan pelajar
-          Majlis Renjer Cawangan masing-masing memilih 10 orang pewakilan ket MAT 
Majlis Renjer Kebangsaan
-          Jawatan `Penasihat’ tidak diperlukan. Pesuruhjaya Pandu Puteri Renjer 
Kebangsaan boleh mendapat nasihat dari ibu pejabat.
-          Jawatan Bendahari Kehormat boleh disandang oleh pelajar. Dana disimpan 
di ibu pejabat.
Cadangan program ekstra kokurikulum untuk DPU Pandu Puteri Kadet dibentangkan
untuk perbincangan dan mendapat persetujuan sebulat suara. Program ekstra 
kokurikulum tersebut adalah untuk membantu melahirkan pemimpin yang berwaran 
dalam kalangan Pandu Puteri Kadet, melengkapkan/memantapkan lagi program 
yang dilalui, meningkatkan minat dan mengekalkan ahli dalam pergerakan Pandu 
Puteri. Anugerah yang dapat diperolehi oleh sesorang ahli Pandu Puteri Kadet 
adalah Sijil Prawaran dan Waran Pemimpin Muda atau Waran Pemimpin 
(jika memenuhi syarat-syarat yang disarankan).
ii)         `Stop The Violence’ (STV)
Sesi di bawah kelolaan Cik Thammy Chong bermula dengan aktiviti `Aku Janji: 
Together We Can Stop The Violence (STV)’. Ini diikuti dengan tayangan video 
pelbagai bentuk keganasan, perbincangan faktor-faktor penyebab, lima tonggak 
kempen STV dan perkongsian tentang latihan-latihan STV peringkat WAGGGS
 dan PPPM.
iii)        `Dating Violence’
Istilah Dating Violence, punca berlakunya keganasan berpacaran serta kesannya
 kepada mangsa dikupas oleh barisan fasilitator Pn Azizah Bt Abdul Majid, Cik 
Thammy Chong dan Cik Ainil Shahnaz Bt Mohd Sham. Para peserta berpeluang 
menonton beberapa tayangan video yang berkaitan serta menulis janji (pledge) 
untuk hentikan keganasan pada helaian kad yang diedarkan. Setiap peserta 
bergambar dengan kad masing-masing untuk dimuat naik pada Facebook STV.
iv)        Program Pandu Puteri
 Pelaksanaan sesi ini dibahagi kepada dua kumpulan. Kumpulan Program Pandu 
Puteri Tunas di bawah fasilitator Pn Foong Poh Lin membincang tentang pengisian 
dalam Prapersetiaan, Calit Emas, Tangga Emas, Tangan Emas, Upacara Terbang 
Naik, BATH KPC dan BATH KP. Para peserta juga berpeluang untuk berkongsi idea 
aktiviti untuk istiadat rekaan serta beberapa lagu beraksi.
 Pengisian program Pandu Puteri Remaja dan Pandu Puteri Renjer dikelolakan 
oleh Cik Jeyadhevi a/p Subramaniam. Edaran borang permohonan (baharu) untuk menjalankan permit kumpulan  dan nota permit perkhemahan kumpulan menjadi 
fokus utama perbincangan. Antara perkara yang ditekankan oleh Cik Jeyadhevi 
adalah penggunaan borang yang betul dan terkini, bimbingan kraf kem, permainan
 luas, keselamatan, kebersihan  dan kesihatan, istiadat dan upacara serta 
tugas-tugas lain untuk menjayakan perkhemahan. Borang permohonan 
pembentangan projek khidmat masyarakat juga diedarkan.
v)         Malam Ratu 1Malaysia
Pengacara Malam Ratu 1Malaysia Puan Noor Hasanah Bt Hashim telah menjalankan 
tugas dengan baik. Suasana ceria dengan pertandingan nyanyian lagu-lagu Pandu 
Puteri yang dimenangi oleh ahli Lembaga Eksekutif Kebangsaan Cik Ainil Shahnaz
Bt Mohd Sham. Ratu 1Malaysia pula dimenangi oleh Pn Noraziah Bt Mat Salleh dari Cawangan Sabah. 

16 Ogos 2015 (Ahad)
i)                    Sesi Perkongsian : Kami & Pemimpin Pandu Puteri
Panel forum terdiri daripada Pn Hjh Habibah Bt Abdul Rahman, Cik Jeyadhevi a/p Subramaniam, Pn Chempaka Emalin Bt Pahamin, Pn Foong Poh Lin dan
 Cik Ainil Shahnaz Bt Mohd Sham. Seramai 50 orang ahli-ahli Pandu Puteri Tunas,
 Pandu Puteri Remaja, Pandu Puteri Renjer dan pemimpin dari PPPM Cawangan 
WP Labuan telah turut serta.
Antara maklumat yang dikongsikan dalam forum yang dipengerusikan oleh 
Pn Hindon Ahmad adalah:
  • Para sukarelawan dalam kalangan ibu ahli-ahli boleh memegang jawatan                     setelah mengikuti Kursus Prawaran.
  • Waran pemimpin diberikan kepada mereka yang telah dilantik dan memipin             sesebuah pasukan selama tiga bulan.
  • Maklumat terkini tentang Sayembara Srikandi di Pulau Langkawi.
  • International Girl’s Day pada 11 Oktober setiap tahun. PPPM akan anjurkan           pertunjukan kucing. Semua cawangan digalakkan program yang berkait                 dengan kucing.
  • Perhimpunan Pandu Puteri Raja di PPPM Cawangan Pulau Pinang pada                       16 – 18 Oktober 2015. Yuran RM50 seorang.
  • General Assembly FAPW-Malaysia pada 29 Ogos 2015 di Hotel Meridien                         Kuala Lumpur bersama DYTM Tengku Puan Pahang. Yuran RM100 seorang.
  • BATHKP dan Princess Award akan diadakan di Perlis. Maklumat lanjut dari                        laman sesawang PPPM. Penyertaan maksima 10 orang dari setiap cawangan. 
ii)                  Keputusan Usul Majlis Jurulatih Kebangsaan Yang Dibentangkan
Bil.
Usul
Rasional/Cadangan
Keputusan
  1.  
Tempoh untuk seseorang Jurulatih memegang jawatan Pengerusi Majlis Jurulatih Kebangsaan adalah selama enam (6) tahun sahaja atau tiga (3) penggal.
Ini adalah untuk memberi peluang kepada  lain untuk menjawat jawatan tersebut.
Selain itu, untuk menyuntik idea idea baru dalam Majlis Jurulatih Kebangsaan.
Tempoh maksima empat tahun sahaja.
  1.  
Ahli Majlis Lembaga Eksekutif Kebangsaan Tidak Boleh Dipilih Untuk Menjadi Jawatankuasa Majlis Jurulatih Kebangsaan.Mereka Ada Di Dalam Majlis Hanya Sebagai Ahli Ex-Oficio Sahaja.Usul diterima.
  1.  
Jurulatih  berpakaian seragam lengkap semasa penyampaian sesi.
                        DAN
Jurulatih berpakaian kemeja T rasmi Persatuan Pandu Puteri Malaysia; bertudung hitam (sekiranya bertudung) dan menggunakan skaf panjang beserta woggle/ menggunakan skaf panjang beserta woggle.
PPPM membuat ketetapan agar Penyampai (Jurulatih) sesuatu sesi MESTI berpakaian seragam rasmi lengkap.
Walau bagai mana pun, dengan perubahan masa kini, terdapat penyampai sesi yang tidak berpakaian seragam lengkap.
Oleh itu, satu ketetapan perlu di ambil untuk menyesuaikan perkara tersebut. Penyampai sesi diberi pilihan pakaian mengikut kesesuaian sesi.
Usul diterima.
Baju-T yang bersesuaian dengan program/ slot yang disampaikan boleh dipakai.
  1.  
Semua ahli yang menyertai acara peringkat kebangsaan perlu memakai kemeja-T rasmi Persatuan Pandu Puteri Malaysia (warna biru) beserta dengan seluar slack berwarna biru tua atau hitam, semasa perjalanan ke acara dan pendaftaran.
Ahli-ahli digalakkan memakai vest Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
Semua ahli dimestikan memakai pakaian seragam (Baju Logo) semasa perjalanan ke acara rasmi peringkat kebangsaan.
Ini menyukarkan ahli kerana baju yang sama perlu dipakai semasa acara diadakan.
Oleh itu, dicadangkan semua ahli yang menyertai acara peringkat kebangsaan perlu memakai pakaian yang ditetapkan.
Usul diterima dengan perubahan kepada ayat berikut:
Ahli-ahli boleh memakai baju-T cawangan atau baju logo PPPM
Sesiapa yang menghadiri acara antarabangsa harus memakai blazer biru tua.
  1.  
Persatuan Pandu Puteri Malaysia mengiktiraf  Pemimpin yang telah dilantik sebagai fasilitator utama program WAGGGS.
Pemimpin yang telah mengikuti program tersebut perlu memenuhi syarat yang ditetapkan oleh WAGGGS iaitu, menyampaikan sesi di peringkat kebangsaan dan membuat serta menghantar laporan-laporan yang lengkap.
Memandangkan usaha dan komitmen yang diberi oleh pemimpin-pemimpin tersebut, maka sewajarnya mereka diberi pengiktirafan oleh PPPM sebagai Jurulatih Khas.
PPPM telah menghantar beberapa pemimpin untuk menyertai program WAGGGS sebagai fasilitator.
Mereka telah dilatih untuk merancang dan menjalankan aktiviti-aktiviti di negara sendiri.
Penilaian akan dibuat oleh Majlis Jurulatih Kebangsaan.
Usul tidak diterima.
Gelaran fasilitator memadai kerana program WAGGGS bukan jangka masa panjang.
  1.  
Hanya dua (2) Jurulatih aktif dari sesuatu Cawangan boleh di calonkan untuk menduduki Jawatankuasa Majlis Jurulatih Kebangsaan.
Sekiranya Jurulatih yang dilantik tidak hadir ke Mesyuarat Jawatankuasa Jurulatih sebanyak tiga (3) kali dalam setahun, samada bersebab atau tidak, tempatnya akan digantikan oleh jurulatih lain yang dilantik oleh Jawatankuasa Majlis Jurulatih.
Ini adalah untuk mengelakkan ramai Jurulatih dari sesebuah Cawangan dilantik sebagai Jawatankuasa.
Keadaan ini juga akan menjejaskan  quorum untuk Mesyuarat Jawatankuasa Majlis Jurulatih.
Usul diterima.
  1.  
PPPM mengalami kekurangan Jurulatih yang aktif. Salah satu kekangannya adalah kurannya peluang untuk Pemimpin mengambil ujian-ujian seperti:
  • Juru Masak
  • Juru Pertolongan Cemas
  • Lesen Perkhemahan
Majlis Jurulatih Kebangsaan, Persatuan Pandu Puteri Malaysia mencadangkan agar satu perkhemahan mega KEM UJIAN diadakan dimana pemimpin-pemimpin yang berminat untuk maju ke arah menjadi Jurulatih boleh mengambil ujian-ujian Juru Masak, Juru Pertolongan Cemas dan ujian lesen perkhemahan.
Seterusnya mereka diberi peluang untuk mengambil Ujian Jurulatih.
Cadangan diterima.

iii)                Majlis Penyampaian Sijil dan Penutupan
Cik Raihan Bt Rosli dari PPPM Cawangan Perlis telah memberi ucapan terima 
kasih bagi pihak para serta seminar. Ini diikuti oleh Pn Hjh Habibah Bt Abdul Rahman selaku pengerusi jawatankuasa pengelola. Tetamu kehormat Cik Normala Bt 
Baharudin, Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah 
menyempurnakan majlis penyampaian sijil dan merasmikan majlis penutupan 
seminar. Turut hadir adalah Puan Mistirine Bt Radin, Pengarah Jabatan Pendidikan
 Wilayah Persekutuan Labuan

         Laporan oleh,                                                       Disahkan oleh,

(JOYCE ONG CHOON KIM)                    (HABIBAH BINTI ABDUL RAHMAN)
            Setiausaha                                                     Pengerusi
  Majlis Jurulatih Kebangsaan                  Majlis Jurulatih Kebangsaan
Persatuan Pandu Puteri Malaysia           Persatuan Pandu Puteri Malaysia


This entry was posted on Wednesday 18 May 2016. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.

Leave a Reply

Powered by Blogger.