PROFIL


MAJLIS JURULATIH KEBANGSAAN
PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA



            1.0    LATAR BELAKANG

    Apabila Malaysia mencapai kemerdekaan dalam tahun 1957, terdapat hanya tiga        orang jurulatih bertauliah iaitu Cik Mary Bowers, Cik Chan Lam Mun dan Cik Fakhitah Binti Darus.

   Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah mencapai usia 100 tahun pada tahun 2017. Namun begitu, jumlah jurulatih bertauliah masih belum sampai 100 orang.

   Majlis Jurulatih Kebangsaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah ditubuhkan pada 30 Mei 2007 sebagai satu platform untuk semua  jurulatih. Majlis jurulatih Kebangsaan berperanan memberi latihan dan menghasilkan Skim Latihan Persatuan Pandu Puteri Malaysia untuk  mendapat akreditasi World Association of Girl Guides and Girl Scouts (WAGGGS).

    Pada Jun 2007, Majlis Kebangsaan telah menerima usul agar Majlis Jurulatih Kebangsaan dimasukkan ke dalam Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia.


           2.0       VISI

            Merealisasikan Profesionalisme Kejurulatihan Pandu Puteri.

           3.0       Misi

          3.1       Memantapkan pengetahuan dan kemahiran kejurulatihan dalam kalangan pemimpin dan jurulatih yang berkualiti.
            3.2       Meningkatkan bilangan jurulatih bertauliah dan jurulatih khas.
            3.3       Berfungsi sebagai pusat rujukan kepakaran Pandu Puteri.
3.4       Memperluas jaringan pintar di peringkat cawangan, kebangsaan dan antarabangsa
    
           4.0       OBJEKTIF

            4.1       Menyemak dan mengemaskini Skim Latihan tiga tahun sekali.
            4.2       mengemaskini an ngsaan berperanan memberi latihan dan menghasilkan Merancang, mengurus dan melaksanakan sekurang-kurangnya dua latihan atau kursus kejurulatihan di peringkat kebangsaan setiap tahun.
       4.3       Menghasilkan bahan rujukan untuk program dan latihan.
      4.4       Melahirkan sekurang-kurangnya lima orang jurulatih setiap tahun.
      4.5       Mengenalpasti dan melantik panel penilai projek Khidmat Masyarakat, 
    Bengkel Selalu Sedia dan bengkel Anugerah Tunas Harapan Ketua Pesuruhjaya.
            4.6       Mengenalpasti dan melantik penguji untuk ujian kebangsaan Lesen 
                        Perkhemahan dan Jurulatih.
            4.7       Memastikan calon anugerah Diploma Jurulatih memenuhi kriteria yang 
                        ditetapkan.
            4.8       Bekerjasama dengan semua Pesuruhjaya Bahagian Kebangsaan dan 
                        Cawangan.
            4.9       Merancang,mengurus dan melaksanakan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan 
                        Majlis Jurulatih Kebangsaan.
            4.10     Memastikan saluran komunikasi Majlis Jurulatih Kebangsaan kemaskini.

            5.0       KEAHLIAN

Keahlian Majlis Jurulatih Kebangsaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia terdiri daripada:

5.1  Jurulatih Diploma

Jurulatih bertauliah yang memenuhi kriteria Jurulatih Diploma Persatuan Pandu Puteri Malaysia.

5.2  Jurulatih Bertauliah

Jurulatih bertauliah mempunyai sijil Jurulatih Persatuan Pandu Puteri Malaysia seperti berikut:

·         Jurulatih Pandu Puteri Tunas
·         Jurulatih Pandu Puteri Remaja
·         Jurulatih Pandu Puteri Renjer
·         Jurulatih Perkhemahan
·         Jurulatih Pengurusan

5.3 Jurulatih Khas

Seseorang layak mendapat sijil Jurulatih Khas apabila memenuhi kriteria berikut:
                      5.3.1      seorang ahli Persatuan Pandu Puteri Malaysia yang berdaftar
                     5.3.2      seorang Pandu Puteri Raja yang aktif menyumbang khidmat kepakaran di
                                 peringkat:
                                 5.3.2.1      pasukan/daerah sekurang-kurangnya dua (02) kali dalam
                                               tempoh dua (02) tahun.
                                 5.3.2.2      cawangan sekurang-kurangnya dua (02) kali dalam tempoh 
                             dua (02) tahun.
               5.3.2.3      kebangsaan sekurang-kurangnya satu (01) kali dalam 
           tempoh dua (02) tahun.                                                                       5.3.2.4      telah menghadiri Bengkel Bakal Jurulatih anjuran Majlis 
Jurulatih Kebangsaan.    

        5.3.2.5    Sijil Jurulatih Khas diberi oleh Majlis Jurulatih Kebangsaan untuk    tempoh dua tahun dan boleh diperbaharui berasaskan bidang kepakaran seperti perundangan, perubatan, teknologi informasi dan komunikasi, teknik dan vokasional, veterinar, alam sekitar, perakaunan, kewartawanan kesenian dan kebudayaan, sukan dan rekreasi.
5.4    Penolong Jurulatih 

5.4.1      Mempunyai Waran Pemimpin Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM).
5.4.2      Telah menghadiri Bengkel Bakal Jurulatih  anjuran Majlis Jurulatih Kebangsaan.  
5.4.3      Telah berkhidmat sebagai pemimpin sekurang-kurangnya tiga (03) tahun.
5.4.4      Telah mengendalikan latihan atau kursus pemimpin yang dianjurkan PPPM di peringkat daerah atau cawangan sebagai penceramah/fasilitator dalam tempoh lima (05) tahun dari tarikh permohonan.
5.4.5      Telah menghadiri kursus atau latihan berkaitan program Pandu Puteri anjuran PPPM di peringkat daerah atau cawangan atau kebangsaan.
5.4.6      Menjadi penguji ahli Pandu Puteri di sekolah atau daerah atau cawangan.
5.4.7      Telah menghadiri Bengkel Bakal Jurulatih anjuran Majlis 
Jurulatih Kebangsaan.
5.4.8      Sijil  Penolong Jurulatih  dianugerahkan  oleh PPPM untuk tempoh dua (2) tahun dan boleh diperbaharui serta diperakui oleh Majlis Jurulatih Kebangsaan.

5.5    Bakal Jurulatih

                           Bakal jurulatih adalah pemegang Lesen Perkhemahan.

                 6.0      PERWAKILAN KE MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
                            PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA

                           Majlis Jurulatih Kebangsaan menghantar dua (02) orang perwakilan dan 
               tiga (03) orang pemerhati ke Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pandu Puteri
               Malaysia.        

                  7.0   PENDAFTARAN

                     Setiap ahli dikehendaki memperbaharui pendaftaran  dengan cawangan masing-                masing atau Ibu Pejabat Persatuan Pandu Puteri Malaysia melalui pendaftaran atas           talian sebelum 30 April setiap tahun kecuali mereka yang menjadi ahli seumur hidup.

                  8.0   PENCALONAN DAN PEMILIHAN AHLI JAWATANKUASA

               Ahli Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Majlis Jurulatih Kebangsaan Persatuan Pandu
               Puteri Malaysia mencalon dan memilih secara undi sulit sembilan (09) orang dalam 
               kalangan jurulatih yang hadir untuk mengganggotai barisan jawatankuasa bagi 
                tempoh dua (02) tahun. 

                 8.1   Jawatankuasa Majlis Jurulatih Kebangsaan terdiri daripada                                        
.                8.1.1            Pengerusi
                 8.1.2            Naib Pengerusi
                 8.1.3            Setiausaha
                 8.1.4            Penolong Setiausaha
                 8.1.5            Lima (05) orang ahli jawatankuasa (sekurang-kurangnya seorang 
                                     dalam kalangan jurulatih Pandu Puteri Tunas, Pandu Puteri Remaja,
                                    Pandu Puteri Renjer dan Jurulatih Perkhemahan)

            9.0      SPESIFIKASI TUGAS JAWATANKUASA

            9.1       pENGERUSI

                        9.1.1    Menetapkan tarikh, tempat dan agenda mesyuarat Majlis Jurulatih 
                                    Kebangsaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
                        9.1.2    Mempengerusi semua mesyuarat Majlis Jurulatih Kebangsaan 
                                    Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
                        9.1.3    Menyalur semua keputusan Majlis kepada Ketua Pesuruhjaya 
                                    Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
                        9.1.4    Mengenalpasti dan membina jaringan pintar dengan agensi-agensi 
                                    luar.
                        9.1.5    Memastikan semua Dasar Pertubuhan dan Undang-Undang (DPU) 
                                    dan program Pandu Puteri teratur dan terkini.

            9.2       NAIB PENGERUSI

                        9.2.1    Membantu pengerusi menjalankan tugas.
                        9.2.2    Mengambil alih tugas Pengerusi jika beliau tidak hadir.
                        9.2.3    Mengemaskini laman blog Majlis Jurulatih Kebangsaan.

            9.3       SETIAUSAHA

                        9.3.1    Menguruskan segala surat-menyurat berkaitan Majlis Jurulatih 
                                    Kebangsaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
                        9.3.2    Mencatat minit mesyuarat dan mengedarkannya dalam tempoh 
                                    dua minggu selepas mesyuarat.
                        9.3.3    Memastikan fail setiausaha teratur dan kemaskini.
                        9.3.4    Menyediakan Laporan Tahunan Majlis Jurulatih Kebangsaan 
                                    Persatuan Pandu Puteri Malaysia.

            9.4       PENOLONG SETIAUSAHA

                        9.4.1    Membantu setiausaha menjalankan tugas.
                        9.4.2    Mengambil alih tugas setiausaha jika beliau tidak hadir.
                        9.4.3    Mendokumentasi semua aktiviti program Majlis Jurulatih 
                                    Kebangsaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
                        9.4.4    Memastikan pengkalan data jurulatih dan bakal jurulatih Persatuan 
                                   Pandu Puteri Malaysia kemaskini.

            9.5       ahli jawatankuasa

                        9.5.1    Mencadangkan aktiviti latihan untuk pemimpin
                        9.5.2    Menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dari 
                                    semasa ke semasa.

            10.0     SPESIFIKASI TUGAS EX-OFFICIO

                         10.1     PESURUHJAYA PANDU PUTERI TUNAS KEBANGSAAN/

                             PESURUHJAYA PANDU PUTERI REMAJA KEBANGSAAN/

                             PESURUHJAYA PANDU PUTERI RENJER KEBANGSAAN/

                             PESURUHJAYA PANDU PUTERI DEWASA KEBANGSAAN
                  
                                    10.1.1  Menyokong dan bekerjasama dalam pelaksanaan program-
                                    program yang dilaksanakan oleh Majlis Jurulatih Kebangsaan 
                                    Persatuan Pandu Puteri Malaysia
                     
                        10.2     PESURUHJAYA LATIHAN KEBANGSAAN/ PESURUHJAYA 
                                    PROGRAM KEBANGSAAN 
                                    10.2.1  Menyokong dan bekerjasama dalam pelaksanaan program-
                                    program yang dilaksanakan oleh Majlis Jurulatih Kebangsaan 
                                    Persatuan Pandu Puteri Malaysia.

            11.0     Mesyuarat Jawatankuasa MAJLIS JURULATIH KEBANGSAAN

                        Mesyuarat Jawatankuasa Majlis Jurulatih Kebangsaan diadakan sekurang-
                        kurangnya empat  kali dalam dua tahun.




SURAT PENUBUHAN MAJLIS JURULATIH KEBANGSAAN

PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA

Persetiaan Pandu Puteri

Bahawa Dengan Sesungguhnya
Saya Berjanji Dan Bersetia
Dengan Sedaya Upaya
Menunaikan Kewajipan Saya
Kepada Tuhan
Raja Dan Negara Saya Malaysia
Menolong Orang Setiap Masa, dan
Mematuhi Undang-Undang Pandu Puteri

Piagam 
Persatuan Pandu Puteri Malaysia sentiasa:
Menyediakan latihan Pandu Puteri yang berkualiti
Menerapkan sifat-sifat kepemimpinan yang tulin melalui Program Pandu Puteri
  • Melahirkan ahli yang berkaliber
  • Menonjolkan ahli yang mempunyai nilai-nilai murni
  • Menampilkan ahli sebagai warga negara yang sihat dan berguna
  • Menggalakkan ahli berbakti secara sukarela tanpa apa-apa ganjaran

Visi Dan Misi
VISI:
Menerajui perkembangan potensi gadis dan wanita untuk membawa perubahan.
VISION:
Taking the lead in developing the potential of girls and women for change.

MISI:
Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai komitmen melahirkangolongan wanita, remaja dan dewasa yang berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai Pandu Puteri demikepentingan nusa, bangsa dan antarabangsa.
MISSION:
Girl Guides Association Malaysia is committed to develop girls andwomen of caliber through internationalization of Girl Guidingknowledge, skills and values to benefit the society and country.

Leave a Reply

Powered by Blogger.